Archive for May 26th, 2010
satay party bersama CR dan thtl
sapa-sapa yg free, esok makan satay bersama thtl dan CR
sempena pelancaran blog thtl
FAQ ttg Roh
Bersama Syaikhul Islam Ibn Taymiyah al-Harani rh dan muridnya, al-Hafidz Ibn Qayyim al-Jawzia Seputar masalah Roh
FAQ1 Apakah bedza Roh dan Jiwa?
J: Jika roh dan badan masih bersatu dinamakan JIWA; jika ia sudah dicabut, yang keluar itu dinamakan roh, yg tinggal dinamakan mayat atau jasad…(syarh akidah tohawiyah)
Disebut jiwa kerana ia mengatur badan, disebut roh kerana kehalusannya. Maka roh dan jiwa sebenarnya sama (syaikhul Islam IT, majmu’ rasail al-munirah)
FAQ 2: Apakah kita dapat mengetahui sifat-sifat Roh?
J: Tidak dapat. Ini kerana roh diciptakan dari bahan yg tidak kita ketahui. Namun Allah SWT menjelaskan roh bisa naik dan turun, mendengar, melihat, berbicara, dikembalikan ke dalam kubur, menerima azab…semuanya dalam bentuk yang berbeda dgn sifat-sifat yang ada pada kita.
FAQ 3: Apa tanggapan kaum Muktazilah terhadap roh?
J: Muktazilah menetapkan roh adalah sebahagian jasad, ia adalah udara atau nafas yg dihembus oleh badan, yang menjadi sebahagian dari badan. Maka bila anak Adam mati, maka roh akan hancur bersama badan, maka tidak ada lagi siksa kubur. Akidah Muktazilah terhadap roh bertentangan dgn pegangan ASWJ. (majmu’ rasa’il al-munirah)
FAQ 4: Apa pula tanggapan ahli Falsafah terhadap roh?
J: ahli falsafah menetapkan roh adalah aqal. Akal berdiri sendiri, tetap, kekal sebagaimana awal penciptaannya dan bersifat abadi.
FAQ 5: Bagaimana menolak kefahaman Muktazilah dan Falsafah tsb?
J (Ibn Qayyim): Roh merupakan satu bentuk wujud yang sama sekali berlainan dengan jasad seseorang. Ia adalah wujud nurani yg tinggi, ringan, hidup dan bergerak, mengalir dalam zarah-zarah jasad spt mengalirnya air dalam bunga mawar, minyak dalam buah zaitun (minyak dalam buah kelapa sawit) atau spt api dalam bara.. selama jasad masih hidup, maka ia tetap merasakan keujudan roh yg bergerak dan beringinan. Bila jasad telah punah, maka roh akan berpisah.. (ar-Ruh)
FAQ 6: Apakah dalil-dalil yg menunjukkan Roh berbeda dari Jasad?
J: Terdapat dalil-dalil yg jelas dalam AQ, antaranya:
اللَّهُ يَتَوَفَّى الأنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الأخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٤٢)
39 (az-Zumar): 42. [Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang Yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang Yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang Yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa Yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya Yang ditentukan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya).]
Bahak akan kawin 13 Jun
salam,
Bahak baru saja menghantar jemputan walimah al-urs beliau utk kali kedua di rumahnya di Ulu Tiram Jaybee…Minta ikhwah dari Johor war-warkan…
Tahnia utk bro Bahak aka IbnHussin Jahabersa
Perjalanan Da’iy di USA 1: Kalamazoo
السلام عليكم
Inilah Kalamazoo, Michigan USA
Aku tiba di USA pada musim luruh (Fall) pertengahan tahun 80’an di bandar Kalamazoo, Michigan. Bandar Kalamazoo dgn penduduk sekitar 70K penduduk adalah sebuah bandar yg cantik, manakala negeri Michigan terkenal dgn negeri automotif, di mana Detroit (ibunegeri Michigan) adalah ibupejabat kpd tiga gergasi automotif US yakni GM, Ford dan Chrysler.
Penerbanganku dgn MAS menggunakan laluan Airport Subang-Manila-LA-Chicago dan dari Chicago aku menaiki pesawat ringan ke lapanganterbang Kalamazoo County. Ini adalah pertama kali aku naik kapalterbang, dan ia menjadi satu kezutan kerana lamanya penerbangan…Laluan Subang-Manila-LA je dah makan masa 13 jam non-stop menggunakan pesawat Jumbo 747. Tiba di LA, aku terpinga-pinga kerana besarnya LA International Airport. Aku melalui peperiksaan kastam dengan mudah, kemudian menaiki pernerbangan dalaman US, iaitu United Airlines…tidak pernah aku melalui saat paling cemas kerana tidak tahu di mana terminal untuk boarding ke Chicago O’hare International. Setelah puas bertanya, barulah aku tahu jumpa terminal ke Chicago…
Dalam penerbangan ke Chicago, aku dapati pramugari2 United Airlines kebanyakan wanita kulit putih yg sudah berusia..Ini berbedza dgn pramugari MAS kita, yang muda belia dan jelita, tapi pramugari mereka wanita2 berusia sahaja…aku kemudian dapat tahu, US mengamalkan akta EEA (equal employment act), di mana setiap kerjaya tidak boleh diskriminasi atas rupaparas, warna kulit dan usia…
Penerbangan LA-Chicago juga amat lama, 8 jam, kerana US adalah sebuah benua….TBC
akan pindah ke blogspot
salam,
atas nasihat rakan2, thtl akan membina blog bukan wordpress. tunggu yea`…
Nampaknya wordpress pun kena maintain juga, sebab blogspot kena block oleh firewall Ofis…