Thtl’s Weblog

Catatan Minda THTL

Perjalanan Da’iy di USA 1: Kalamazoo

with 3 comments

kalamazoo

السلام عليكم

Inilah Kalamazoo, Michigan USA

Aku tiba di USA pada musim luruh (Fall) pertengahan tahun 80’an di bandar Kalamazoo, Michigan. Bandar Kalamazoo dgn penduduk sekitar 70K penduduk adalah sebuah bandar yg cantik, manakala negeri Michigan terkenal dgn negeri automotif, di mana Detroit (ibunegeri Michigan) adalah ibupejabat kpd tiga gergasi automotif US yakni GM, Ford dan Chrysler.

Penerbanganku dgn MAS menggunakan laluan Airport Subang-Manila-LA-Chicago dan dari Chicago aku menaiki pesawat ringan ke lapanganterbang Kalamazoo County.  Ini adalah pertama kali aku naik kapalterbang, dan ia menjadi satu kezutan kerana lamanya penerbangan…Laluan Subang-Manila-LA je dah makan masa 13 jam non-stop menggunakan pesawat Jumbo 747.  Tiba di LA, aku terpinga-pinga kerana besarnya LA International Airport. Aku melalui peperiksaan kastam dengan mudah, kemudian menaiki pernerbangan dalaman US, iaitu United Airlines…tidak pernah aku melalui saat paling cemas kerana tidak tahu di mana terminal untuk boarding ke Chicago O’hare International.  Setelah puas bertanya, barulah aku tahu jumpa terminal ke Chicago…

Dalam penerbangan ke Chicago, aku dapati pramugari2 United Airlines kebanyakan wanita kulit putih yg sudah berusia..Ini berbedza dgn pramugari MAS kita, yang muda belia dan jelita, tapi pramugari mereka wanita2 berusia sahaja…aku kemudian dapat tahu, US mengamalkan akta EEA (equal employment act), di mana setiap kerjaya tidak boleh diskriminasi atas rupaparas, warna kulit dan usia…

Penerbangan LA-Chicago juga amat lama, 8 jam, kerana US adalah sebuah benua….TBC

Advertisement

Written by thtl

May 26, 2010 at 4:07 pm

Posted in Uncategorized

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam

    Syeikh THTL,

    Banyakan lagi cerita michigan (Kalamazoo)ni,teringin nak lihat gambar2..juga gambar syeikh waktu muda belia..kekekeek

    Sulaiman_ahklaken

    May 26, 2010 at 5:12 pm

    • baik tuan syaikh, ana kena scan ler nampaknya..hehehe

      nampaknya ana aman damai kat Blog….tak ada pengancau…

      thtl

      May 26, 2010 at 5:14 pm

  2. Blog memang mendamaikan Th,tapi forum jugak kena ada sekali sekala..bila tiba musim berblog..memang malas sungguh nak menulis.Selongkar balik..tulisan Syeikh yg lama tu..banyak manfaat.

    Sulaiman_ahklaken

    May 26, 2010 at 5:17 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: