Thtl’s Weblog

Catatan Minda THTL

satay party bersama CR dan thtl

with 8 comments

sapa-sapa yg free, esok makan satay bersama thtl dan CR
sempena pelancaran blog thtl

Written by thtl

May 26, 2010 at 5:05 pm

Posted in Uncategorized

FAQ ttg Roh

leave a comment »

Bersama Syaikhul Islam Ibn Taymiyah al-Harani rh dan muridnya, al-Hafidz Ibn Qayyim al-Jawzia Seputar masalah Roh

FAQ1 Apakah bedza Roh dan Jiwa?
J: Jika roh dan badan masih bersatu dinamakan JIWA; jika ia sudah dicabut, yang keluar itu dinamakan roh, yg tinggal dinamakan mayat atau jasad…(syarh akidah tohawiyah)
Disebut jiwa kerana ia mengatur badan, disebut roh kerana kehalusannya. Maka roh dan jiwa sebenarnya sama (syaikhul Islam IT, majmu’ rasail al-munirah)

FAQ 2: Apakah kita dapat mengetahui sifat-sifat Roh?

J: Tidak dapat. Ini kerana roh diciptakan dari bahan yg tidak kita ketahui.  Namun Allah SWT menjelaskan roh bisa naik dan turun, mendengar, melihat, berbicara, dikembalikan ke dalam kubur, menerima azab…semuanya dalam bentuk yang berbeda dgn sifat-sifat yang ada pada kita.

FAQ 3:  Apa tanggapan kaum Muktazilah terhadap roh?

J:  Muktazilah menetapkan roh adalah sebahagian jasad, ia adalah udara atau nafas yg dihembus oleh badan, yang menjadi sebahagian dari badan. Maka bila anak Adam mati, maka roh akan hancur bersama badan, maka tidak ada lagi siksa kubur. Akidah Muktazilah terhadap roh bertentangan dgn pegangan ASWJ. (majmu’ rasa’il al-munirah)

FAQ 4: Apa pula tanggapan ahli Falsafah terhadap roh?

J:  ahli falsafah menetapkan roh adalah aqal. Akal berdiri sendiri, tetap, kekal sebagaimana awal penciptaannya dan bersifat abadi.

FAQ 5:  Bagaimana menolak kefahaman Muktazilah dan Falsafah tsb?

J (Ibn Qayyim): Roh merupakan satu bentuk wujud yang sama sekali berlainan dengan jasad seseorang. Ia adalah wujud nurani yg tinggi, ringan, hidup dan bergerak, mengalir dalam zarah-zarah jasad spt mengalirnya air dalam bunga mawar, minyak dalam buah zaitun (minyak dalam buah kelapa sawit) atau spt api dalam bara.. selama jasad masih hidup, maka ia tetap merasakan keujudan roh yg bergerak dan beringinan. Bila jasad telah punah, maka roh akan berpisah.. (ar-Ruh)

FAQ 6: Apakah dalil-dalil yg menunjukkan Roh berbeda dari Jasad?

J: Terdapat dalil-dalil yg jelas dalam AQ, antaranya:

اللَّهُ يَتَوَفَّى الأنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الأخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٤٢)

39 (az-Zumar): 42. [Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang Yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang Yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang Yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa Yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya Yang ditentukan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya).]

Written by thtl

May 26, 2010 at 4:52 pm

Posted in Uncategorized

Bahak akan kawin 13 Jun

with 2 comments

salam,
Bahak baru saja menghantar jemputan walimah al-urs beliau utk kali kedua di rumahnya di Ulu Tiram Jaybee…Minta ikhwah dari Johor war-warkan…
Tahnia utk bro Bahak aka IbnHussin Jahabersa

Written by thtl

May 26, 2010 at 4:13 pm

Posted in Uncategorized

Perjalanan Da’iy di USA 1: Kalamazoo

with 3 comments

kalamazoo

السلام عليكم

Inilah Kalamazoo, Michigan USA

Aku tiba di USA pada musim luruh (Fall) pertengahan tahun 80’an di bandar Kalamazoo, Michigan. Bandar Kalamazoo dgn penduduk sekitar 70K penduduk adalah sebuah bandar yg cantik, manakala negeri Michigan terkenal dgn negeri automotif, di mana Detroit (ibunegeri Michigan) adalah ibupejabat kpd tiga gergasi automotif US yakni GM, Ford dan Chrysler.

Penerbanganku dgn MAS menggunakan laluan Airport Subang-Manila-LA-Chicago dan dari Chicago aku menaiki pesawat ringan ke lapanganterbang Kalamazoo County.  Ini adalah pertama kali aku naik kapalterbang, dan ia menjadi satu kezutan kerana lamanya penerbangan…Laluan Subang-Manila-LA je dah makan masa 13 jam non-stop menggunakan pesawat Jumbo 747.  Tiba di LA, aku terpinga-pinga kerana besarnya LA International Airport. Aku melalui peperiksaan kastam dengan mudah, kemudian menaiki pernerbangan dalaman US, iaitu United Airlines…tidak pernah aku melalui saat paling cemas kerana tidak tahu di mana terminal untuk boarding ke Chicago O’hare International.  Setelah puas bertanya, barulah aku tahu jumpa terminal ke Chicago…

Dalam penerbangan ke Chicago, aku dapati pramugari2 United Airlines kebanyakan wanita kulit putih yg sudah berusia..Ini berbedza dgn pramugari MAS kita, yang muda belia dan jelita, tapi pramugari mereka wanita2 berusia sahaja…aku kemudian dapat tahu, US mengamalkan akta EEA (equal employment act), di mana setiap kerjaya tidak boleh diskriminasi atas rupaparas, warna kulit dan usia…

Penerbangan LA-Chicago juga amat lama, 8 jam, kerana US adalah sebuah benua….TBC

Written by thtl

May 26, 2010 at 4:07 pm

Posted in Uncategorized

akan pindah ke blogspot

with 2 comments

salam,

atas nasihat rakan2, thtl akan membina blog bukan wordpress. tunggu yea`…

Nampaknya wordpress pun kena maintain juga, sebab blogspot kena block oleh firewall Ofis…

Written by thtl

May 26, 2010 at 9:58 am

Posted in Uncategorized

thtl meletak jawatan dari AFN

with 7 comments

salam,

tanggal 25 May, thtl dgn resminya meninggalkan AFN, yg ditubuhkan dua tahun lalu…

thtl akan banyak berkarya dalam blog ni, tunggu dan lihat

Written by thtl

May 25, 2010 at 9:49 pm

Posted in Uncategorized

Milikilah cita2 yg tinggi

leave a comment »

Kata Ibn Qayyim:
Cita2 yg tinggi adalah lambang kejayaan seseorang,

Cita2 yg rendah adalah lambang kegagalannya..

Orang2 yg mempunyai cita2 yg tinggi laksana burung helang yg terbang tinggi, ia tidak akan turun melainkan ia nampak akan tujuannya, juga, semakin tinggi ia terbang, semakin jauhlah dari hal2 yg dapat menggagalkannya”

[Madarij as-Saalikin, 3:172]

Written by thtl

December 22, 2008 at 4:31 pm

Posted in Catatan

Sejarah AFN 09

leave a comment »

Pabila thtl sudah semakin sibuk dengan AAN sbg panel Fiqh Utamanya, maka berkuranganlah keterlibatan thtl dgn Milis al-Fikrahnet, memandangkan soalan2 fiqih yang semakin mencurah di AAN. Tapi di sana muncul Doc Imran sebagai penyelamat, beliaulah yang mengambil alih tugas sebagai pakar hadith sekaligus pakar fiqh. Doc Imran adalah antara tokoh sunnah yang amat ana segani kerana penguasaan mantap beliau dalam bidang hadith dan fiqh. Beliau adalah menantu kepada Dr Radzi. Hubungan dgn anggota milis Fikrah spt Kapten Pilot, akob, engsian (yang melanjutkan pelajaran ke Australia), abuadam, alamghiri (yang kemudian pulang ke kampung halaman ke Temerloh), adroes sudah semakin berkurangan. Jika dulu kami amat kerap bertemu sambil makan-makan. Antara tempat gebang2 yg paling kami gemari ialah di restoren mamak Syiraz, BTS dan Khalifa di Shah Alam (berdekatan rumah kapten). Antara kenangan paling manis setiap kali pertemuan ialah buku2 percuma dari penulis buku prolifik Kapten Hafiz. sampai ana pun lama-lama naik segan…asyik terima buku free je…Rumah kapten di shah alam juga merupakan tempat yang kerap orang kuat Fikrah berhimpun samada kerana kuliah, atau mesyuarat2 sunnah dari masa ke semasa. Tetapi senario itu semakin berkurangan kerana mereka mungkin merasakan tht sudah jadi milik AAN….sebaliknya thtl lebih kerap pulak berhimpun dengan geng AAN, kali ini di kawasan Kota damansara, antaranya dgn ustaz Maszlee Malik, ust alitantawi, presiden club AAN, abdul rahman, Hj Kamin, selaku orang kanan AAN dan ust mat Lughowiyat.

Kekadang berbulan dua jugak ana tidak menjengah Fikrahnet…tapi sekali sekala ana masuk Fikrah, ana lihat ia tak semeriah dulu, begitu juga dgn islahnet dan msm-net, amat lesu sekali.

Berbalik di AAN, apabila tuan sifoo membuka ruangan sembang2 dan isu semasa sebagai tambahan dan pembesaran fungsi AAN, maka masuklah gerombolan lama yang selama ni pernah bertelagah dgn thtl di milis islah, msm dan fikrahnet. mereka menggunakan pelbagai nickname yg lucu dan pelik dan mereka tidak ada etika perbahasan. falsafah mereka ialah terjah dan redah kemudian belasah. Pada mulanya thtl membalas dgn hikmah dan bila mereka menggunakan metod character assasination, maka thtl pun tak tahan juga dan hilang sabar dgn kelakuan mereka.
Maka utk mendapat lebih kuasa utk berdepan dgn mereka, thtl melalui Hj Kamin memohon kuasa tambahan sebagai Moderator dari sifoo. Alhamdulilah, setelah berfikir masak-masak, maka sifoo meluluskan lesen Mod kepada thtl dan kepada moderator yg lain spt Hj Kamin. Kuasa Mod ana dihadkan pada ruangan sembang-sembang dan ruangan artikel shj. Skop kuasanya hanya boleh “delete” posting orang dan memberi amaran sahaja. OKlah..nampaknya dgn kuasa Moderator yg diberikan, maka perbahasan agak terkawal kembali…

tapi….tbc

Written by thtl

July 14, 2008 at 5:16 am

Posted in Fikrah

Sejarah AFN 06.

with one comment

Dari siri 1-5, kita telah memaparkan perjalanan warga asal AFN, antaranya Cikgu Rahim Mahmood (CR), thtl, Kapten UHF, akob, abu adam, engsian aka m rafiq, ust alamghiri, hj kamin, adroes, g@y@t, ziy@d, dll sejak 10 tahun yang lalu. Kerana serik menumpang mailist orang lain, maka akhirnya CR menubuhkan mailing list ihsan dari yahoogroups secara percuma sahaja. Beliau memilih Fikrah sebagai namanya tanpa bermesyuarat dengan sesiapa, tiba-tiba aje nama Fikrah muncul di persada yahoogroups…

Fikrah dalam bahasa arab bermaksud mind set atau pemikiran merupakan sesuatu yang amat nostalgik buat CR dan thtl sendiri. Fikrah merupakan istilah yang amat tersohor di era 70an dan 80’an ketika ledakan kebangkitan Islam di Malaysia termasuk Eropah, khasnya di UK yang bermula dari Mesir. Fikrah dikaitkan dengan pergerakan Ikhwan dan jama’at-e-Islami khususnya oleh Ustaz Hasan alBanna dan ust abul A’ala al-Maudoodi. Tonggak kebangkitan Islam di Malaysia ketika itu ialah Sdr Anwar Ibrahim (abim), ust fadhil Noor, ust Alias Othman, ust Nikmat Pondok Derang, mantan SS Syaikh Azmi, Ust Dahlan Mohd Zain, TG Nik Aziz Nik Mat., dan ramai lagi. Pergerakan yang menekankan fikrah sebagai agenda kebangkitan Islam (sahwah Islamiah) ialah abim, irc kemudian JIM, abim utara pimpinan Ust Dahlan dan pelajar2 Malaysia di Mesir.
Tumpuan gerakan Islam (di waktu itu) dalam proses pembinaan keanggotaan atau perkaderan ahli ialah melalui pemurnian minda dengan pembinaan semula fikrah Islam atau Islamic thought atau worldview atau weltanshaung. CR dan thtl tidak terkecuali dari arus ini dan kami berdua memang termasuk dalam program pemfikrahan besar-besaran yang kebanyakannya ada pengaruh kuat dari Ikhwan Muslimoon atau Jama’at-e-Islami. Pengisian semula fikrah Islami adalah dengan penggunaan kitab2 sperti Ma’alim fi tariq, Haaza Din dan tafsir adzZilal oleh syed Qutb, Risalah Ta’alim khasnya Usyul 20 oleh Ustaz al-Banna, buku2 al-Maudoodi, antaranya Fundametals of Islam (khutabat), kitab2 Fathy Yakan, antaranya Maaza Ya’ni dan kitab Fiqh Sunnah oleh allamah Sayyid Sabiq. Ia menggunakan metod study circle atau usrah atau halaqah ilmu.
Jika pergerakan salafi/sunnah menekankan pemurnian (tasyfiyah) akidah, pergerakan global yang dicetuskan oleh Ikhwani ialah pemurnian fikrah atau pemikiran.
Maka pemilihan nama Fikrahnet oleh CR mencerminkan ideologi atau manhaj beliau ketika itu bahawa titik permulaan kebangkitan Islam ialah melalui pintu pemurnian pemikiran atau membetulkan mindset, yang uniknya Fikrah yahoogroups berjaya menghimpunkan mereka yang berlatarbelakang sunnah atau salafi dan CR dan thtl amat selesa berganding bahu dengan sahabat dari manhaj sunnah dan turut mendapat banyak faedah bila fikrah kami mendapat sentuhan manhaj salafi. Ia memantapkan fikrah dan akhirnya memantapkan akidah dengan akidah salaf.

Fikrahnet yahoogroups adalah milis yg terbuka kepada public viewing. Akhirnya geng-geng Htee, rufaqa’, tareqat juga menyertai Fikrahnet. Namun kali ini, hasil dari pemantauan moderator, spt Cikgu Rahim dan deputynya ketika itu, sdr Qushairi, serangan anasir2 itu dapat di kawal. Inilah untungnya bila kita berada dalam milis kita sendiri….Sesi pertemuan warga Fikrah juga kerap berlaku, kadangkala ketika kuliah2 di mesjid alghufran TTDI, kekadang ketika pesta buku antarabangsa di PWTC dan kekadang bila CR ada mesyuarat di KL, maka kami datang beramai-ramai menemui beliau. Pertemuan dari alam cyber, dari milis Fikrah, akhirnya menemui kami di alam nyata.

Next: Glitch Fikrahnet 2003 dan pembabitan dengan AAN

Written by thtl

July 14, 2008 at 5:12 am

Posted in Fikrah

Sejarah AFN 02

leave a comment »

Pada sekitar 1998, ketika ustaz zys sedang membangunkan AAN , thtl aktif di milis (mailing list) Islahnet (milik JIM) dan msm-net (yg berpusat di London). Ketika itu thtl adalah pensyarah di Pusat Pengajian Teras Universiti Telekom (sekarang dikenali dengan MMU (multimedia university). Thtl membina nama dan reputasi sebagai ahli fiqih. Islah-net adalah mailing paling popular ketika itu kerana ahli2 JIM adalah golongan terpelajar. Walaupun ana bukanlah ahli JIM, tapi ana dikenali dan diberi pujian oleh pimpinan JIM ketika yg juga aktif dalam JIM, antaranya Dr Muhammad Hafizi M Noor, Dr Muhammad Hatta Ramli, sehinggalah moderatornya di kendalikan oleh sdr Hj Jamali Syapi’ii. Begitu juga mailing list msm-net yang menghimpunkan pelajar2 kita di UK dan Eire. Mailing yang paling ngetop ketika itu ialah Hizbi-net utk aktivis PAS. Saya hanya menyertainya hanya sekejap kerana melihat suasananya agak gawat dan kelamkabut, almaklumlah mereka semua adalah berapi-rapi semangat politiknya…

Mailing list atau discussion group adalah saluran yang amat popular ketika itu kerana itulah permulaan revolusi cyber. Buat masa itu belum ada lagi chatters. Netter2 atau netizen (internet citizen) disamping menyalurkan maklumat, ada di antara mereka yg bertanyakan hukum-hakam agama dan kebetulannya tidak ada di kalangan netters ketika itu dari aliran agama (ustaz). Kebanyakannya adalah golongan yg berpendidikan sekuler tapi aktif dalam gerakan Islam. Semasa itu gerakan salafi belum dikenali, yang menguasai mailing list ialah gerakan yang dipengaruhi oleh pergerakan Ikhwani. Maka thtl cuba-cuba menjawabnya dan yang bestnya, thtl menjawab menggunakan cara dan teknik yang dipopularkan oleh Dr Yusof al-Qaradawi. Teknik menjawab soalan agama cara dr Qardhawi merupakan suatu revolusi yang dahsyat impaknya dalam dunia Islam: al-Qardhawi menyatakan caranya ialah fiqh al-muqaran dan fiqh ad-Dalil (maksudnya fiqih perbandingan dan fiqih berdasarkan pembuktian). Dua tokoh yang banyak membantu thtl ketika menjawab soalan fiqih di dua mailing list tsb ialah Ustaz Ahmad zainal Abidin dan Ust Mujahid Yusof Rawa. keduanya adalah pensyarah di jabatan yg sama dgn thtl di Universiti Telekom. Ust Ahmad masih lagi bersama MMU, manakala Ust Mujahid, sekarang YB Dr Mujahid adalah MP Parit Buntar di atas tiket PAS. Mereka berdua adalah dua orang yg berjasa memperkenalkan manhaj fiqh muqaran dalam menjawab permasalahan fiqih. semuga Allah melindungi mereka.

Impak dari fiqh muqaran dan fiqh addalil dalam dunia fiqih internet amat hebat dan thtl menjadi suatu nama yg disegani, hingga mendapat kepercayaan islahnet dan msm-net menjadi fiqh panel mereka. Ust zys juga melayari islahnet dan msm-net, maka dia juga mempelawa thtl menyertai laman web yg dibangunkan oleh beliau yg dikenali dengan nama AAN. Maka pada tahun 1998/1999, thtl telah menjadi Panel Fiqh bagi tiga mailing list, islahnet, msm-net dan AAN. bersambung

Written by thtl

July 14, 2008 at 5:10 am

Posted in Uncategorized